salam

Jumaat, Januari 17, 2014

HARI-HARIKU YANG ENDAH..

Bismillahhirrahmannirrahim..

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencatat balik blog yang telah ku tinggalkan hampir 2 tahun.. maknanya Aufa telah berumur hampir 4 tahun,,

Alhamdulillah membesar dengan sehat.. dan moga berkekalan hendaknya. jadi setakat ini coretan ku di pagi hari ini.

Bukan apa.. telah ditugaskan memantau perjalanan qiamullail di Masjid, oleh yang demikian, paksa diri untuk tidak tidur berada di lokasi bagi memastikan semunya baik belaka insya-allah.

Ya Allah. berikanku kekuatan.. kuat semangatkan untuk beramal hendaknya.

wassalam.

Ahad, Oktober 14, 2012

BARU NAK UPDATE BLOG

Assalamualaikum.

12.43tgh
Segala Syukur bagi Allah atas nikmat yang diberikan kepada diriku ini.

Sedang menulis blog di perpustakaan shah alam yang baru.. sambil2 tulis ni bertentangan dengan tasik yang amat sejuk mata memandang.

disamping itu, suasana yang amat menarik dan tenang walaupun kadang2 ade gak org yang hadir berckp kuat skit.. tp biasa la tu..

sebenarnya hari ni xde rncangan ke sini pun. skdr jln2 nak sejuk kan hati ini. bengang.. marah dan terguris hati dari malam tadi. tapi xpe.. inilah tempat yg mgkin sesuai untuk mencari ketenangan.

anak-anak dan uminya ada di zon kreatif anak2. babanya pula di kawasan dewasa.. huhu.. klu bawa anak ke sini.. pasti mcm pasar x mcm perpustakaan.

smlm g sg congkak progrm student. bergrk kul 8.00pg terus ke um bersrpn bersama sepupu.. kul 11.00pg td br sampai ke sini..

ptg ni xde planning.. silap2 sampai mlm krg lepak library ni... hhuhuhhh.. anyway.. hr ni baru nk update..
okla tu kot..

so jumpa next time... bye2x

Ahad, Julai 11, 2010

HADIRNYA INSAN BARU DALAM KELUARGA KAMI

Assalamualaikum... selamat pagi pelayar internet yang budiman,

Wa makaru.. wa makarallah.. wallahu khairul maakirin...

potongan ayat di atas, menjelaskan dan menerangkan kepada kita setiap manusia bahawa setiap perkara ini telah terancang dengan baik oleh Allah S.W.T. kami sekeluarga menjangka baby yang sedang dikandung oleh isteriku dijangka dan dirancang oleh doktor lahir lagi 2 minggu.tp rupenya petang semalam dgn berat 1.280 gram.. alhamdulillah skrg dh 1.450 gram..


alhamdulillah.. aku dan isteriku bersyukur sgt2 kehadrat Allah.. kerana diberikan rezki utk menimang cahaya mata yg seterusnya slps november 2009. walaupun masih x hilang trauma tp ku gagahi dan berdoa byk2 moga kali ini tiada masalah yang berat.


dah 2 hari coretan yang lalu dikarang waktu pagi.. biasela.. sbb kt umah klg ade tenet.. so gunekanlah..
ok.. kembali kepada tajuk di atas.. semalam dlm kul 10.30 pg isteriku menelefon dari hospital mengatakan dia turun darah dan segera dihantar ke labour room. ingatkan dah stabil n normal leh la naik balik ke wad. rupenya doktor dtg kpd ku dan menyatakan isteriku kena segera di operate. krn kandungan air ketuban sudah habis langsung serta uri btul2 dh berada di bawah.


tanpa rase berlengah.. trus ku berikan kebenaran utk doktor mengambil tindakan lanjut. alhamdulillah.. tepat tepat jam 4.12ptg anakku selamat dilahirkan dengan berat badan 1.2 kg. sekarang ni berada di ICU baby PPUM. doktor perlu membuat pemerhatian lanjut kerana takut berlaku infection.

alhamdulillah. kesyukuran ku panjat.. moga Allah merahmati kami dan memberkati kami dengan setiap apa rezki yang diberikan kpd kami. sekian utk coretan ini. wassalam

Sabtu, Julai 10, 2010

ESOK HARI LAHIR AHMAD FAWZAN.. GENAP SATU BULAN MAMA DI PPUM

assalamualaikum... selamat pagi pelayar budiman..

hari ni pepagi dah layan fb n update blog.. rsenya macam lambat update sbb banyak isu2 yang x dpt dilampirkan di blog ini.. walaubagaimana pun.. mlm td adalah malam isra' mikraj, iaitu perjalanan Nabi S.A.W ke Baitul Maqdis dan diangkat ke Sidratul Muntaha.. banyak hikmahnya.. i.allah lepas coretan ini.. saya akan nukilkan tentang Kebesaran dan Istimewanya Isra' dan Mikraj bagi orang muslim.

erm.. berbalik kepada tajuk di atas... esok ahmad fawzan hatim genap 2 tahun.. disamping itu, kekasih dan cinta hatiku genap satu bulan di wad bersalin PPUM..

sedih ade.. pilu ade.. tp.. ape yg saya perasan.. hikmah dan kebaikannya banyak.. di antaranya ialah: 1. anak2 belajar untuk tidak bergantung pada mamanya shj.. 2. baba jadi rajin untuk uruskan anak n rumahtangga sensorang. 3. mama dapat rehat yang cukup untuk melahrkan baby baru kami. dan mungkin banyak laghi.. tp cukuplah stakat itu..

so.. kondisi mama skrg ni alhamdulillah, stabil.. baby dlm kandungan sehat mcm biase w/pun kekurangan air ketuban.. doktor mencadangkan kpd kami untuk mempercepatkan kelahiran pd usia kandungan 32 week.. (skrg ni baru 29 week) krn dikhuatiri jangkitan kpd baby. smlm mama ade amik 'swap' untuk m'genalpasti samada terdpt infection ataupun tidak.. mudah2an.. semuanya selamat.. ha... isnin ni scan untuk check baby. diharapkan semua baik..

petang ni besok nak ziarah mama.. ptg ni g sendiri. esok bawak akak n adik serta ibuku.. nak sambut besday ahmad di wad bersama mama.. hehe.. mama pesan beli happy meal utk anak2.. ok mama roger n out..

bermula minggu ini.. makanya terlibatlah saya ngn koko kerohanian institusi masjid 2 (lanjutan) di UiTM.. sehingga habis sem.. tp x lme pun sem ni sbb sem ni byk cuti.. kire2 kelas hanya 12 kali perjmpaan. sekali kelas 2 jam.. klu ade 2 kelas, maknanya 48 jam perjmpaan. setiap sabtu.. klu nak tukar hari lain pun no hal.. tp kna discuss with studentla.. kita no hal je..

so... student pun dh penuh kt kolej seroja... selamat meneruskan pembelajaran untuk student lama khusus kolej seroja.. dan selamat melangkah alam pengajian utk stdent part one.. semoga usaha n pengorbanan waktu ini membuahkan kepuasan di wajah ibubapa kalian ketika hari konvokesyen nanti.. sekian. terima kasih, wslm

Isnin, April 26, 2010

ADAPTASI RINDU KAMI... SAYANG KAMI... (Syukri+Umi)


Permata Hati Kami
Kakak Ainul Fariehah Humaira' 30 Nov 2006
Adik Ahmad Fawzan Hatim 11 Julai 2008
Penyejuk Hati Kami
Kakak seorang pemalu
Adik peramah.. (kuat jual minyak) hehehe...



Tengah tunggu Mama check up kat PPUM..

 

Tengah tunggu Mama ambil nasi kat kenduri Kawan Mama di Presint 16 Putrajaya



Adik pun sama tengah tunggu nasi.. baba jugak kena jaga

 
hehehehe.. akan datang akan dimasukkan lagi gambar2 yang terbaru... sekian

SOLAT HAJAT TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN

Salam..

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah sebab solat hajat yang dirancangkan pada 15/4 telah berjaya dilaksanakan. Kehadiran amat memberansangkan di mana ramai jugak student yang hadir. Walaubagaimanapun kekurangan tetap ada.

Kekurangan tersebut ialah makanan untuk jemputan tak sampai. Amat memalukan juga sebab kita dah rancang nak bagi jamuan tapi tak ada. Sedih, marah dan tak puas hati bercampur baur dalam hati penganjur.

Alhamdulillah.. kebanyakan student tak ada masalah tp kami yang geram. Moga-moga insiden ini tidak berlaku lagi dalam program-program kami.

Di sini, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa lebih-lebih lagi staf-staf UPIM kerana berjaya bersatu hati, bekerjasama walaupun pengarah program gering sehingga dimasukkan ke dalam wad.

Walaupun begitu, keikhlasan kalian cukup memberi kebanggaan penganjur. Semoga terus berjaya bersama. Wassalam

Rabu, April 14, 2010

Program Solat Hajat Perdana

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 2010
KOMPLEKS SUKAN UITM
15 APRIL 2010
7.00 MLM - 9.30 MLM

Memandangkan kita telah menghampiri akhir semester kali ini. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM  dengan kerjasama Kolej Kediaman Shah Alam akan mengadakan Solat Hajat Perdana 2010. Majlis ini akan diisi dengan bacaan yasin dan solat hajat dan ditambah dengan Ceramah motivasi oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Bin Ibrahim.

Oleh yang demikian, adalah dijemput semua pelajar untuk sama menghadiri majlis ini dengan harapan majlis ini amat bermanfaat untuk pelajar semua. Diharapkan ia menambah pengetahuan tentang kaedah dan konsep Usaha dan Tawakkal dalam menghadapi Peperiksaan pd semester ini.